Saturday 24 November 2012

DETIK ITU AKAN TIBA JUA

Detik dan ketika ini aku baru sahaja selesai mmbaca sebuah blog seorang sahabat. Allahurabbuna epilog sepi ini menceritakan segalanya ::

Ya Allah andai mencintainya detik dan ketika ini, Bakal membuatkan aku berkurangnya dalam mencintaimu, Kau hilangkanlah rasa cinta ini untuknya, Aku lebih rela dari hilangnya cintaMu padaku, Ya Allah andai detik kerinduan ini padanya dtg menerpa diri, Bakal membuatkan berkurangnya kerinduan untuk aku merindui syahid di jalanmu.. Hapuskanlah rasa rindu ini jauh2 dalam kehidupanku yang sebenar..

 Menjadi seorang muslimah yang baru merangkak dari sejarah silam penuh kekhilafan itu memang satu perjuangan yang sangat hebat. Tapi Alhamdulillah kini aku berjuang pula di kolej matrikulasi tangkak,johor bersama dengan akhwat dalam jemaahku memerlukan aku berada dalam kebahagiaan bersama mereka. Mengimbau kembali “semoga awk Berjaya menjadi seorang pemimpin wanita solehah” ujar seorang ustazah bahasa arab kepadaku,tatkala ini ada restu ilmu(program meminta maaf dengan para guru sebelum spm) . ustazah,kini saya di matrikulasi sebagai salah seorang drpd mereka. Pada mulanya taaruf dengan sahabat2 organisasi masjid,Alhamdulillah ianya bermula di matrikukasi sebagai satu permulaan yang baik apabila aku menjejakkan kaki ke matrikulasi. Setelah beberapa hari kemudian,aku dilantik sebagai amirah akhwat.

 Sejak memasuki matrikulasi aku mulai memakai cincin..kenapa? sebab tak nak kenal dengan mana2 lelaki,dulu senior pernah pakai sebab kata senior cincin ni kadangkala lelaki akan beranggapan yang kita sudah berpunya. Walaupun hakikatnya aku belum lagi dirisik mana2 muslimin.kata senior lagi muslimin yang sudah cukup bersedia dan berani baru akan masuk merisik untuk bertanya yang kita sudah berpunya atau tidak.

 Suatu saat itu tiba ::
 Bergerak berjemaah adalah satu moment yang sangat indah. Saat ini baru aku tahu erti dakwah dan jemaah itu perlu seiring. Melatih diri memahami persekitaran dan orang lain itu membantu mencetuskan kematangan aku berfikir. Masalah dan segala hal di matrikulasi bahagian muslimat menjadi kan aku terus matang. suatu hari naqibahku menelefon, “akak tahu awak da dirisik orang. Dan kini naqib dalam jemaah awak pula yang risik awak. “ “aku tergamam,tp sempat berseloroh. Alah akaq ny bergurau pula,ny mesti muslimin tu ngadu kat akq,tnya kenapalah afiqah ny bnyk cakap dlm setiap liqo’. Takkanlah nak suka aku.(bisik hati kecil) aku tak pernah sekali pun bermimpi atau terdetik akan ada orang masuk merisik saat ini,dan ini adalah kali yang kedua. Ya Allah ini pasti hanyalah gurauan. “afiqah bila mana seorang muslimin tu berani masuk merisik awak,itu tanda dia serius. Dia tidak mahu menjalinkan hubungan terlarang, dan awak jangan risau akaq da nasihatkan dia agar kuatkan pergantungan dia pada Allah”

 Saat itu rasa diri ini nak menangis. Ya Allah sungguh bukan ini yang aku pinta. Aku tidak pernah tertaut dengan mana2 lelaki di matrikulasi,tapi tiba2 aku membuat hati seorang muslimin di matrikulasi tertaut. “salah aku ke? Aku dah jadi fitnah dalam hati muslimin tu ke?” 
Allah berfirman : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya” (QS. An-Nuur : 30-31).

 Allahurabb permudahkan aku dalam urusan dakwah menegakkan urusan agamaMu. Sungguh dalam hati ini kegusaran itu bertamban lagi apabila datangnya orang ketiga untuk merisik. Ya Allah sungguh tidak aku pinta,biarlah cinta dalam hati ini betul-betul teguh barulah aku rela hati ini dicintai dan mencintai insan yang mencintaiku kerana Mu dan kerana kesucian agama yang ada padaku.
 Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati berkaitan dengan masa lalu, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman[16]”. (QS : Ali ‘Imran [3] : 138).

 Saat ini air mata jatuh berlinangan. Bukan terharu ada orang masuk meminag. Tapi sekarang aku perlu fokus dalam stdy dan urusan organisasi masjid. Lalu Allah hadirkan ujian2 ini. Jadi apa tindakan? Detik ini aku perlu bersendirian dan taqarrub dengan Allah. Bila berbicara soal ini dengan sahabat2 muslimat,tiba2 mereka semua bergenang dan tersenyum. “dah kenapa pula diorang ny” aku bermonolog sendirian. “saat ujian ini datang,istikharah menjadi pilihan” jawab mereka ringkas.

 Allahurabbuna,peliharalah hati2 mereka,,tidak sekali pun aku ingin menjadi fitnah di hati2 mereka. Andai khilaf nya aku di masa lalu,,siramilah aku dengan maghfirahMu agar aku dapat teguh untuk mendaulatkan syiar Mu di muka bumi ini.

Hati ini diusik :: Suka itu memang fitrah tapi ia akan jadi barah apabila membelai nya dan apabila disulami dengan perbuatan2 terlarang. Bila sahabat2 tanya “apa rahsia kekuatanmu melawan hawa nafsu,dengan menundukkan pandangan,dengan menafikan segala ketampanan setiap jejaka di matrikulasi. Macam mana nak jaga hati supaya tak terusik dengan permainan dunia” Siapalah aku tanpa kasih sayang Allah. Tiada erti hidup ini tanpa sebuah penghijrahan dari sebuah kejahilan kepada kehidupan yang lebih baik.
 “Sesungguhnya tidaklah sesuatu yang kalian tinggalkan karena Allah ‘azza wa jalla kecuali pasti akan Allah gantikan untukmu dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dia tinggalkan”jawabku.

 Aku tinggalkan segala bentuk kesenangan cinta manusia yang sementara kerana bahagia dengan yang tidak terhalal buatku hnya menambahkan sesak di dada ini. Seolah aku curang dengan pencipta. Namun pasti ada sesuatu yang mebuat aku terus kuat. Apa? Ia dinamakan pergantungan kita pada Allah,,sejauh mana pergantungan dan tawakal kita pada Allah? Tepuk dada tanya iman,, aku juga sedang terus berlari mengejar mahabbah Allah.

Saturday 31 March 2012

FROM ZERO TO A SUPER HEROO

KEGAGALAN BUKAN MENJADI SATU KELEMAHAN,,
TP IA SATU PERMULAAN KE ARAH SEBUAH KEJAYAAN..

UJIAN YANG DATANG BUKAN UTK MENYUSAHKAN,,
TAPI IA SATU PENINGKATAN KETAKWAAN..

KESUSAHAN BUKAN SATU HINAAN,,
IA HNYA SEBUAH TEGURAN MENINGKATKAN KEIMANAN..

DAN SEMUA PERUBAHAN INI PERLUKAN SEBUAH KESUNGGUHAN UTK MENCAPAI SATU MATLAMAT SEBUAH KEUNGGULAN..

DARI ZERO KITA MAMPU MENJADI SUPER HERO..

 NUKILAN, MUJAHIDAH NUR..

BAITI JANNATI : BILA DIRI SAH BERGELAR ISTERI

 Ke hadapan bakal isteri yg dinanti seorang pejuang islam..

Saat dirimu sah bergelar isteri ..binalah hatimu terlebih dahulu agar mmpu menjadi pendorong seorang mujahid kecintaan Islam..di saat rembulan menerangi malam,,binalah kekuatan dirimu utk menghidupkan malam bersama suami..hidupkan ia dgn sebuah Qiamullail..hiasinya dgn kecintaan kalian pd Allah yg Esa,,jalinkan ikatan bahagia sebuah baitul muslim dengan ilmu dunia akhirat yg seimbang serta amal bertakwa menghiasi dirimu dan zauj mu.. 


Wahai bakal isteri yang terhias suci dengan akhlak Islam.. 

Jadikan dirimu dicintai Tuhan bukan di gah kan dunia,khuatir dirimu dipandang hina di akhirat sana..adakah dikau menilai gah dan hebatnya dirimu bila aurat mu di pandang berjuta mata??itu kah harga setia pd suami pembela agama??tepuk dada tanya iman..isteri yg setia mahkota nya terpelihara,,aurat nya dijaga dari pandangan nafsu dunia..


Wahai pendorong semangat seorang pembela Islam.. 

Bukan permata jadi ukuran cinta,, 
Bukan juga berlian jd tanda kasih sayang,, 
Tapi ia terletak pd sebuah keimanan jd penguat cinta dan kasih syg..jd benih sebuah pembentukan baitul muslim..ia akan bercambah dengan segera bila mana disirami mahabbah Allah..hnya Dia yg layak melaksanakan impian kita mmbina taman di Firdausi kelak,, 

Moga diri kalian seiring langkah ku utk menjadi bidadari kecintaan bakal suami kita di dunia juga akhirat..moga mahligai baitul muslim yg terbina kelak baik utk dunia,akhirat dan agama kita.. 
Allahumma amiin..

 Nukilan, Mujahidah Nur..

KEBAHAGIAAN SEJATI

Setiap yang terbina pst ada pengakhirannya..bila merangka perjalanan yg jauh beribu batu..ia kdg2 perlukan ketabahan sbgi kekuatan utk melangkah lebih jauh agar matlamat yg terbina sejak awal terus mmpu dicapai tnpa kecewa..yg terbina itu seprti terciptanya dunia tp matlamat nye bukan dunia semata2,,tp matlamat di pengakhirannya iaitu akhirat.. Kebahagiaan itu terbina bila mana :


• Bahagianya mengenal erti cinta sebenar..cinta abadi smpi bila2..iaitu cintakan Allah..
• Bahagia terlakar bila mana bahtera Islam dipenuhi muatan keimanan mmpu dilayarkn dgn penuh       pengharapan pd Allah..
• Bahagia tergambar bila mana matlamat yg di fokuskn hnya utk gemilangkn islam
• Bahagia itu adalah milik mu selamanya setelah kau mmpu melangkah ke pintu syurga dgn rahmat Allah..


 NUKILAN, MUJAHIDAH NUR..

MAKE UP YOUR MIND !!!

HEBATNYA SEORANG WANITA BUKAN DINILAI DARI SEGI SERAMAI MANA DIA MAMPU MERUNTUN HATI BERNAMA LELAKI..TAPI KEHEBATANNYA DITAFSIR DARI SEGI HEBATNYA DIA MENJAGA SEKEPING HATI YANG SUCI..MENCUBA MENJAGA HATI AGAR SENTIASA MEKAR DLM TAMAN MAHABBAH ILLAHI..MENCUBA MELINDUNGI HATI2 INSAN LAIN DARI TEGUGAT KEIMANAN DAN PENJAGAAN HATI YG DI JAGA SELAMA INI.. 


 HEBATNYA SEORANG MUSLIMAH TIDAK DIUKUR DARI SEGI KEPETAHANNYA BERMAIN KATA..MAHU PUN MENCORAK KATA2 PUITIS AGAR JEJAKA DI LUAR SANA TERTAWAN DGN NYA..NAMUN HEBATNYA MUSLIMAH ITU BILA DIA TEGAS MEMULAKAN BICARA..


ANGGUNYA SEORANG MUJAHIDAH BUKAN KERANA HEBAT KETERAMPILANNYA BERPAKAIAN HINGGA TERDEDAH AURATNYA PD PANDANGAN YG HARAM..BUKAN JUGA YANG ANGGUN BILA MANA DIA BERJAYA MENCURI TUMPUAN BERJUTA MATA..KEANGGUNAN MUJAHIDAH SEJATI DINOBAT BILA MANA DIRINYA BERJAYA MENUTUP AURAT DGN SEMPURNA..PERHIASANNYA PENUH KESEDERHANAAN,TIDAK TERSERLAH MAHUPUN MENYERLAH.. 


 NUKILAN, MUJAHIDAH NUR..

SYIAR VS FESYEN

“PEEWIT,,,,awex,awex cun la seyhh” << pakai baju sendat terlekat..

Depends on ayat ats ny ,,pd pandangan islam..cantik??anggun??tertarik???mungkin kau hnya menawan pd pandangan dunia yg selalu menjerat diri sendiri..kau juga mungkin hnya tampak cantik pada pandangan nafsu..tapi ketahuilah janji Allah itu pasti,,rasakanlah azab api neraka atas perbuatan sendiri,,

Wanita..seseorang yg tidak lari dari sebuah makna kecantikan,,jika berlari dari itu mungkin kecantikan itu yang akn datang mengejar dikau..jd tak boleh ke wanita islam ni cantik??bukan..juz make up ur perspektif ..bataskn kecantikan dikau pd pandagan luar,pada pandangan orang yang bukan mahram..selagi kau pegang pd syiar Allah kau akan tahu apa makna kecantikan di sebalik nama seorang wanita..wanita yg paling hebat bukanlah dikira dari hebat nya dia berpakaian dan bergaya,tp wanita yg hebat tu apabila dia hebat menjaga syiar apabila dia berpakaian..nak juga pakai make up tebal 2 inci??3 inci??boleh,,ISLAM itu mudah,,pakai make up tebal2 tu depan zauj(suami) kalian..no problem.. 


BIAR NAMPAK KUNO PADA PEMAKAIAN JANGAN MUNDUR PD KEIMANAN.. 
BIAR GAH PD ISLAM JANGAN BAH PADA KEHINAAN….. 

 NUKILAN, MUJAHIDAH NUR..

MENJADI WANITA CANTIK ??



WANITA YANG CANTIK ITU TIDAK MEMANDANG DAN TIDAK DIPANDANG..

DIA BERJALAN PENUH TAWADUK DAN PENUH KESOPANAN..BUKAN KERANA INGIN MENCURI TUMPUAN TAPI KERANA CUBA MENJAGA MARUAH WANITA ISLAM..HADIRNYA DAN LAHIRNYA WANITA ITU PENUH KESOPANAN DAN KELEMBUTAN..WANITA ITU TIDAK MEMANDANG YANG HARAM BUKAN JUGA MEMANDANG DUNIA TANPA MATLAMAT UTK GEMILANGKAN ISLAM..WANITA CANTIK ITU TIDAK DIPANDANG OLEH BERJUTA LELAKI DGN PANDANGAN NAFSU YG SELALU MENIPU..JADILAH WANITA YANG CANTIK PADA PANDANGAN IMAN DAN ISLAM..

WANITA YANG CANTIK ITU TIDAK MENEGUR DAN TIDAK DITEGUR

ANGGUNYA WANITA ITU SEANDAINYA SETIAP KALI BICARA PST MENGINGAT KAN KITA TENTANG YG MAHA ESA..DIA TIDAK MENEGUR BERJUTA LELAKI YG TDK HALAL BAGINYA TANPA SEBARANG KEPERLUAN MENDESAK APATAH LAGI MEMBAWA KEPADA PERKARA YANG SIA-SIA..DIA JUGA TIDAK DITEGUR SEMBARANGAN LELAKI YANG BAKAL MEMBAWANYA KE LEMBAH HINA..TIDAK DITEGUR DAN TIDAK MENEGUR MELAINKAN DGN PEMBAWAAN ILMU DAN HNYA YANG MENJADI MANFAAT BG DUNIA,AKHIRAT DAN AGAMA..

DAN SUNGGUH WANITA CANTIK PD PANDANGAN IMAN DAN ISLAM INI HNYA MENJADIKAN SATU UMMAH SERTA SYIAR DIDAHULUKAN ALLAH DIUTAMAKAN SEBAGAI PEGANGAN YANG NYATA..

NUKILAN,
MUJAHIDAH NUR..